Bahkan pernyataan ini datang dari seorang astronot yang pertama kali ke
luar angkasa, yakni Neil Amstrong telah membuktikan hal tersebut.
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini,
sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan
berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat suci
Al-Quran Al-Karim.
Berikut ini adalah Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang artinya :
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya
kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian
penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).”
(asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di
sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan
yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan
luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber
dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain
serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang artinya :
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru
langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali
dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti
diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak
diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan
langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah
berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga
berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah,
tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan
tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Berdasarkan penelitian di atas, bahwa Mekah berada pada tengah-tengah
bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah,
bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. –
(Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad
Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Ka'bah
adalah pusat planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu
telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa
dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata
bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan dimanakah ia berpusat?” Fakta
ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu
radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di internet, tetapi
sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada
alasan tersembunyi di sebalik penghapusan laman web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut
berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang
mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir).
Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi
tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa
radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'bah di
planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu
ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, dimana apabila kita
mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut
tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar
antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup
lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak
kekuatan graviti.
Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'bah, maka seakan-akan
diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita
bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah
dibuktikan secara ilmiah.
Demikian artikel Ka'bah Sebagai pusat Bumi ini, yg Msh bnyk dosa ayo cepat2 Tobat, hahaha
aku jga msh bnyk dosa nih, skrg syaa akan Tobat jga sobb
Semoga Kita Semua Menjadi Orng yg Baik,Soleh,yg di sayangi Allah,
Amin,
Wassalamualaikum
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Setidaknya Luangkan waktu anda sedikit, Untuk Berkomentar di Blog Newbie ini !!! hehee
TERIMA KASIH